最近,社交媒体上热议一座檳城刚建成的公寓,在进行亮灯测试时,出现「十字架」符號景象。这事件引起檳州宗教司拿督旺沙林关注並发表声明,要求当局妥善解决。

Advertisements

在社交媒体,许多穆斯林带著焦虑的情绪谈论此事。一些充满了偏见和仇视,更拋出各种各样的指控。然而,一些指控是毫无根据的。

较后,该房屋发展商穆丽雅(Nova Mulia)公司解释,有关符號並非十字架,而是中文里的「王」字型,意指王或旺(好运气)。就那么巧,它看起来像一个十字架。

神像不影响宗教信仰

从此事,我们可察觉,不管是「王」还是「旺」,爭议已无关符號的真正含义。反之其背后反映著,偏见所衍生出的不理智宗教情绪。一些穆斯林就声称有关十字架是要改变穆斯林信仰(让他们脱教)的第一步。

试想想——首先,假设有关指责是真的,这间接说明伊斯兰是一个非常脆弱的宗教,其他宗教的一个符號就能动摇穆斯林的信仰。若是这样,这些穆斯林等於认为除了伊斯兰外,其他宗教都是强大的宗教,以至仅仅只是一个符號,就足以毁掉穆斯林的信仰。

其次,在黑风洞有一个巨大的姆鲁干(Murugan,兴都教战神)神像,这是马来西亚兴都教徒的骄傲。该地区也有许多穆斯林,同时每天经过那一带的穆斯林肯定也会看到这座兴都教神像。虽然这座神像存在已久,但没证据显示,有穆斯林因此脱教。

第三,伊斯兰传入埃及是在先知好友阿慕尔(Amru bin al-As)佔领埃及时,当时先知去世还不到10年。在此之前,埃及人民都不是信仰伊斯兰的。在那里,有古埃及宗教的象徵,如拉姆西斯(Ramesses)神像和金字塔。在伊斯兰传入后,这些神像一直保留至今。如果这些雕像真的可以破坏穆斯林的信仰,其早就被摧毁。

上述论点显示,如果穆斯林的信仰只因看了其他宗教符號,就会遭到动摇,这不仅毫无根据,甚至是无的放矢。这样的观念,多少都会让人对伊斯兰有不好的印象。

在马来西亚,政党之间的爭论,往往充满了情绪和非理性。所以,数代以来,种族主义和宗教就成了马来西亚的政治游戏。因此,一些组织和政治人物將宗教和种族主义,作为组织的核心,並不令人感到惊讶。他们在大选前就是如此操纵这些课题的。

大选成绩公佈后,本以为这样的情况会告一段落。显然,情况不仅没有结束,反而日益猖獗。结果,不合理的恐惧信念置入了马来穆斯林的思维。当看到伊斯兰以外的宗教事物时,他们感到本身的「马来人特性」和「伊斯兰信仰」受到威胁和破坏。

被利用为挑拨工具

这样的教条逐渐成为一种病態,被植入信徒心中。在清真寺布道和宗教讲座上,这些宗教师挑起了对非马来人、非穆斯林的偏见。因此,不逻辑和不合理的事情,也可引发爭议,成为全国课题。

14世纪的伊斯兰著名的宗教师沙迪比(Al-Imam al-Syatibi)曾言,上苍传下伊斯兰,是要人变好。这名来自西班牙安达卢西亚(Andalusia)的宗教师强调,伊斯兰拒绝任何破坏的行为,即使你唸了数千篇经文,也无法救赎。

沙迪比也是当代许多宗教师参考的对象,他说,这是因为他看到一些穆斯林佔多数国家发生的事件,统治者的暴政,在伊斯兰之名下合法化。人们也害怕反抗暴政,因为他们会被视为反伊斯兰。儘管这是近700年前的言论,但至今依然令人深思。更何况,许多以伊斯兰包装的话语,其含义却是离间国人良好的关係。

偏见是我国种族仇视的幼芽,也日益严重,尤其当伊斯兰被利用为挑拨工具时。这种挑拨行为,基本上是违反伊斯兰教义的。

总而言之,伊斯兰的降临是要让人类变得更好。因此,伊斯兰拒绝任何製造仇视的行为。其他宗教的符號──十字架,在马来西亚成为一个课题,是操弄种族和宗教情绪的体现,这成了我国政治游戏主旋律。我们应该避免这种情况,每个国民,不分种族和宗教,都应追求跨越种族和宗教的理性政治。

马来西亚不只是马来人的,而是所有族群:华人、印裔、卡达山、伊班人和其他人,一起拥有的;马来西亚不只是穆斯林的,而是所有公民的,无论他们信奉什么宗教,各方都需一起发展,为国家带来繁荣。

《十字架动摇伊斯兰信仰?》(Simbol salid gugat akidah Islam? )原文:

Baru-baru ini, heboh di media sosial berkenaan sebuah bangunan di Pulau Pinang yang seni susunan lampunya berbentuk simbol salib. Kehebohan itu sehingga Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim membuat satu kenyataan – meminta agar ia diselesaikan dengan baik.

Dalam wacana media sosial, ramai dari kalangan muslim membangkitkan hal ini dalam emosi kebimbangan. Tidak kurang juga dalam emosi prejudis dan kebencian. Berbagai-bagai dakwaan timbul. Kadangkala, dakwaan tersebut tidak berasas sekali.

Tidak lama kemudian, pihak pemaju, Mulia Development Sdn Bhd menjelaskan bahawa simbol yang dibuat bukan salib, tetapi menunjukkan abjad Cina (王) bermaksud wang (raja) atau ong (nasib baik). Cuma, kebetulan kelihatan seperti salib.

Dengan tercetusnya isu ini, kita akan mendapati bahawa ia bukan soal maksud sebenar simbol itu, sama ada maksudnya “raja” atau “ong”. Di sebalik isu ini terdapat maksud yang tersirat – prejudis sehingga melahirkan sentimen agama yang tidak munasabah.

Murtad?

Sebilangan muslim mendakwa, kononnya simbol salib itu sebagai permulaan bagi memurtadkan orang Islam (orang Islam keluar dari Islam).

Jika difikirkan – pertama, andai benar dakwaan tersebut, secara tidak langsung sudah menggambarkan seakan-akan Islam adalah agama yang amat rapuh – umatnya boleh rosak iman dengan hanya faktor simbol agama lain. Dengan ini, seakan-akan orang Islam tersebut sudah menganggap agama selain Islam sebagai agama yang kuat sehinggakan dengan semata-mata simbol sahaja, ia sudah cukup untuk merosakkan kepercayaan muslim terhadap agama Islam.

Kedua, terdapat sebuah patung besar di Batu Caves – Dewa Murugan yang menjadi kebanggaan masyarakat Hindu di Malaysia. Terdapat ramai muslim di kawasan itu, dan muslim yang berulang alik dari Sungai Buloh ke Gombak, pasti akan nampak patung besar tersebut. Walaupun patung itu sudah wujud di situ beberapa ketika yang lama, tidak terdapat satu pun fakta bahawa ada kalangan muslim yang telah murtad dari agama Islam.

Ketiga, Mesir adalah sebuah negara yang Islam masuk pada era sahabat Nabi (Amru bin al-As) – tidak sampai sepuluh tahun selepas kewafatan Nabi. Sebelum itu, Mesir adalah sebuah negara yang semua penduduknya tidak beragama Islam. Di sana, terdapat simbol-simbol agama Mesir purba, seperti patung ramsis dan piramid. Selepas kemasukan Islam, patung-patung itu terpelihara sehingga hari ini. Jika ia benar-benar boleh merosakkan keimanan muslim, sudah pasti ia sudah disuruh agar diruntuhkan.

Dari hujah-hujah ini, jelas kepercayaan bahawa keimanan muslim tergugat hanya dengan melihat simbol agama lain adalah dakwaan yang bukan sekadar tidak berasas, malah sesuatu kedangkalan. Kepercayaan sebegini, sedikit sebanyak memberi imej buruk pada sudut pandang terhadap agama Islam.

Sentimen

Sentimen dan bukan rasional sudah menjadi kebiasaan dalam pertembungan parti politik di Malaysia. Makanya, perkauman dan agama menjadi antara permainan politik di Malaysia sejak turun temurun.

Dengan itu, tidak hairan terdapat beberapa NGO dan ahli politik tertentu menjadikan agama dan perkauman jantung organisasi mereka. Ia dimainkan sedemikian rupa sebelum PRU lalu.

Sejurus keputusan PRU diumumkan, dijangkakan sentimen itu sudah berakhir. Rupa-rupanya, bukan sekadar tidak berakhir, malah sentimen dua perkara ini semakin hari semakin menjadi-jadi.

Kesannya, dogma ketakutan pada sesuatu yang tidak munasabah masuk dalam pemikiran orang Melayu-Islam. Apabila melihat sesuatu yang melibatkan agama selain Islam, mereka rasa kemelayuan mereka tergugat dan keislaman mereka meruntuh.

Dogma ini semakin menjadi penyakit, apabila ia ditanam oleh para agamawan muslim. Dalam syarahan dan ceramah agama di masjid dan surau, agamawan ini membangkitkan prejudis terhadap bangsa selain Melayu – prejudis terhadap penganut agama selain muslim. Dengan sebab itu, perkara yang tidak masuk akal dan tidak munasabah pun menjadi isu nasional.

Prejudis

Al-Imam al-Syatibi pernah berkata bahawa agama Islam (syariah) ini diturunkan untuk memastikan manusia menjadi baik. Kenyataan ulama dari Andalusia ini menegaskan bahawa sebarang kehancuran (破坏) akan ditolak oleh agama Islam, waima dibacakan seribu satu ayat al-Quran dan Hadis.

Imam al-Syatibi yang turut menjadi rujukan ulama dunia kini mengatakan sebegitu kerana melihat banyak kejadian berlaku di beberapa buah negara yang majoriti penduduknya muslim –  pemerintah mereka melakukan kezaliman, tetapi dihalalkan dengan diberikan jenama Islam. Rakyat jadi takut untuk menentang kezaliman pemerintah, kerana dianggap menentang Islam.

Walaupun kenyataan tersebut sudah hampir 700 tahun diungkap, tetapi ia masih relevan untuk direnung. Apatah lagi, banyak ungkapan yang diberi jenama Islam, tetapi implikasi terhadap kandungan ungkapan tersebut adalah mewujudkan hubungan tidak baik sesama warganegara.

Prejudis yang merupakan tunas bagi permusuhan antara kaum, semakin hari semakin bercambah di Malaysia. Ia semakin subur, apabila jenama Islam diperalatkan. Amalan ini hakikatnya bercanggah dengan asal tujuan penurunan agama Islam.

Penutup

Tujuan penurunan Islam adalah untuk memastikan semua manusia menjadi baik. Justeru itu, Islam menolak sebarang amalan yang boleh melahirkan permusuhan.

Simbol agama lain – salib – yang menjadi isu di Malaysia, adalah manifestasi dari permainan sentimen perkauman dan agama yang menjadi nadi bagi permainan politik di Malaysia. Ia wajar dielak, dan setiap warganegara Malaysia – tidak kira apa bangsa dan anutan agamanya – wajib berusaha ke arah politik secara rasional merentasi kaum dan anutan agama.

Malaysia bukan hanya milik orang Melayu, tetapi juga dimiliki semua bangsa – Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain. Ia bukan milik muslim sahaja, malahan semua warganegara – tidak kira apa anutan agamanya — semua pihak perlu membangunkan negara ini demi kesejahteraaan bersama.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
前一篇新闻认为性丑闻事件属个案 家长续让孩子上佛学班
下一篇新闻车型高大威猛很拉风?老司机:聪明人不买SUV