在金马仑国席补选助选时,伊党副主席端依布拉欣呼吁,穆斯林选民在投票时优先考量穆斯林候选人。他说,此说法在《可兰经》里可是有根据的。

Advertisements

这样的声明肯定引来质疑──尤其是来自非穆斯林的疑惑。当年在民联旗帜下,伊党曾要求党员投票支持民主行动党候选人,即使后者不是穆斯林。伊党的宗教师也颁布「法规」指,只要非穆斯林公平施政,《可兰经》並没禁止非穆斯林成为领导人。

「法规」可依据一个政党的需求而变化,非但不妥,甚至可能对伊斯兰產生不良印象。更何况,这些法规被指是源自伊斯兰经典——《可兰经》。

公正残暴无关信仰

在先知去世600年后,著名的伊斯兰学者伊本塔米亚(Ibn Taimiyah)表示,「阿拉协助公平施政的国家,即使它由非穆斯林统治,反之不会扶持一个残暴的国家,即使它是由穆斯林统治的。」

深一层想,此声明自有道理:首先:公正与残暴,与宗教信仰无关。在这世界上,也有一些非常虔诚的穆斯林,但他们对妻儿非常残暴。同样,从穆斯林世界歷史来看,一些统治者也是如此。

没人可否认,非穆斯林中也会有公正的领导人。从圣训角度来看,先知穆罕默德曾称讚当时是基督徒的Habsyah王朝(当今埃塞俄比亚)国王公正。甚至,当先知的朋友在麦加遭到古莱氏人(Quraish)领袖压迫时,先知即指示他们迁移並到Habsyah寻求政治庇护。

第二:一个人的宗教信仰,是他与上苍之间的事。但是,公正和残暴的问题,却涉及人与人的之间关係。因此,在残暴领导人统治下,穆斯林和非穆斯林一样受苦。反之,在公正的领导者统治下,所有人都可以从中受益。

第三:在《可兰经》第11章117节:阿拉说,其不会摧毁一个民族或国家,即使它的人民是非穆斯林,就如著名宗教师阿拉兹(al-Razi)所剖析般─这些民眾互相友好、公正,共亨福利和繁荣。

很多穆斯林,尤其是我国的穆斯林,时常表明伊斯兰禁止非穆斯林出任国家领导人,彷彿伊斯兰不允许穆斯林在选举时,投选非穆斯林。他们最常用的论点是,《可兰经》的经文第3章第28节所指:「信道的人,不可捨同教而以异教徒为盟友」。

他们將「异教徒」(kafir阿拉伯语)解释为非穆斯林。因此,这节经文成了他们禁止任命非穆斯林为领导人的主要依据。换言之,穆斯林不应把票投给非穆斯林候选人。

「kafir」未必指非穆斯林

事实上,在这节经文中,把kafir译为非穆斯林是有错误的。解释如下:

第一:在《可兰经》中,有三节经文指出,上苍强调,选出来的领袖,需要具有两个特徵,即有诚信和能力。第一节经文(第12章55节)是先知尤索(约瑟)的故事,他要求出任埃及国王的財政司。经文提到,先知尤索声称,他具备诚信和管理国库的能力,有资格担任该职位。第二节经文则是在第2章第247节,委任塔鲁特(Talut)率领军队对抗贾鲁特(Jalut)的故事,因为塔鲁特非常健硕,同时在战场上拥有丰富的经验。

第三节经文则是第28章第26节,有关先知穌艾巴女儿要求,录用先知慕沙(摩西)为他们的工人,因为后者有诚信及能力。如果用人处理家里的事务,也要求能力及诚信时,则一个要为民服务的领导人,更应具备这些基本的条件。

第二:在《可兰经》第3章28节,这个被用作否定非穆斯林为领导者的论据里,kafir异教徒一词並不一定指非穆斯林。《可兰经》一些经文里,异教徒也可以是指不进行礼拜、残暴的穆斯林等。因此,当代著名伊斯兰学者尤索阿卡拉达威(Yusuf al-Qaradawi)就指,有关经文並不是禁非穆林出任领袖,而是禁止任何攻击伊斯兰或要驱赶穆斯林的人出任领袖。

总结而言,伊斯兰的政治目標是要让人民活得更好。因此,一名领袖委任应基於这个原则,而不是基於其宗教信仰、肤色。其次,为了达此目標,领袖应拥有两个特徵,一是能胜任,二是有诚信。最后,在委任非穆斯林为领袖上,穆斯林眾说纷紜,这是因为基於政治利益,而不是对经文正確的理解。

《伊斯兰禁非穆斯林当领袖?》原文(Haram undi non-muslim?):

Ketika berkempen untuk pilihanraya kecil Parlimen Cameron Highlands, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan agar pengundi muslim mengutamakan calon muslim berbanding calon non-muslim ketika mengundi. Menurut Tuan Ibrahim, saranan ini dibuat dengan merujuk kepada al-Quran.

Sudah tentu kenyataan sedemikian akan mencetuskan persoalan — terutama untuk non-muslim. Ketika bekerjasama di bawah bumbung Pakatan Rakyat dahulu, PAS pernah meminta ahli-ahlinya mengundi calon DAP, walaupun mereka tidak beragama Islam. Ulama-ulama PAS juga “memfatwakan” bahawa tiada larangan dalam al-Quran untuk mengangkat non-muslim sebagai pemimpin, selagi mereka adil.

“Fatwa” berubah-ubah mengikut kehendak sesuatu parti, bukan sekadar tidak baik, malah boleh melahirkan imej buruk pada agama Islam. Apatah lagi, apabila fatwa itu disertakan dakwaan kononnya ia ajaran kitab suci muslim – al-Quran.
Pemimpin

Dalam tempoh 600 tahun selepas kewafatan Rasulullah, seorang ulama Islam bernama Ibn Taimiyah mengungkapkan sedemikian, “Allah tolong negara yang adil, walau ia diperintah non-muslim sekalipun. Allah tidak akan tolong negara yang zalim, walau diperintah oleh muslim sekalipun”.

Kenyataan ini, jikalau direnung, didapati mempunyai kebenarannya sendiri:

Pertama:
Soal adil dan zalim, ia tidak ada kaitan dengan status agama seseorang. Dalam dunia pun, memang terdapat muslim yang kuat beribadat, tetapi zalim terhadap anak dan isterinya. Demikian juga dari sudut pemerintahan yang dilihat dari sejarah umat muslim dalam dunia.

Tiada sesiapapun boleh menafikan bahawa terdapat pemimpin dari kalangan non-muslim yang adil. Dari sudut Hadis pun, Nabi saw pernah memuji keadilan Raja Habsyah yang ketika itu beragama kristian. Malah, apabila sebilangan sahabat mendapat penindasan daripada orang-orang besar Quraish di Mekah, lantas Nabi saw mengarahkan mereka agar berhijrah dan mendapat suaka politik dari Raja Habsyah tersebut.

Kedua:
Status anutan agama seseorang, adalah urusan dirinya dengan Tuhannya. Namun, soal adil dan zalim, itu melibatkan hubungan sesama manusia. Dengan sebab itu, rakyat muslim dan non-muslim pasti menderita di bawah pemimpin zalim. Berbeza dengan pemimpin adil, sudah pasti semua pihak akan mendapat kebaikan daripada pentadbiran tersebut.

Ketiga:
Dalam Al-Quran – Surah Hud 11 : 117 – Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan membinasakan sesebuah negara atau negeri, andai penghuninya terdiri dari kalangan non-muslim – sepertimana kupasan Imam al-Razi – saling melakukan kebaikan, keadilan, kebajikan dan kemakmuran (Arab: muslihun).

Pemahaman yang salah

Amat ramai muslim – khususnya di Malaysia – yang sering mengungkapkan bahawa Islam melarang untuk melantik non-muslim sebagai pemimpin – kononnya Islam tidak membenarkan umatnya memberi undi kepada calon non-muslim dalam pilihanraya.

Hujah yang kerap digunakan adalah ayat Al-Quran yang berbunyi: “Tidak boleh orang mukmin (muslim yang beriman) mengambil orang kafir sebagai wali selain dari orang beriman.” (Surah Ali-Imran 3 : 28)

Mereka menafsirkan kalimah “kafir” (kalimah Arab) sebagai non-muslim. Dengan sebab itu, ayat ini dijadikan sandaran utama untuk mereka berhujah bahawa dilarang mengangkat non-muslim sebagai pemimpin. Dengan kata lain, undi tidak boleh diberikan kepada calon non-muslim dalam pilihan raya.

Hakikatnya, terdapat beberapa kekeliruan dalam terjemahan “kafir” sebagai non-muslim dalam ayat ini. Penjelasannya adalah seperti berikut:

Pertama:
Dalam Al-Quran, ada tiga ayat yang Allah nyatakan bahawa pemimpin perlu dilantik dari kalangan yang mempunyai dua ciri, beramanah dan berkemampuan.

Ayat pertama – Surah Yusuf 12 : 55 – Kisah Nabi Yusuf meminta jawatan kementerian kewangan dari Raja Mesir. Dalam ayat itu menyebut, Nabi Yusuf mengaku bahawa dia mempunyai sifat Hafiz (sifat amanah) dan ‘Alim (kemampuan mengurus perbendaharaan) dalam melayakkan dirinya untuk memegang jawatan tersebut.

Ayat kedua pula – Surah al-Baqarah 2 : 247 – Kisah pelantikan Talut untuk mengetuai bala tentera ketika berhadapan dengan tentera musuh yang dikepalai Jalut. Dinyatakan dalam konteks peperangan, Talut dilantik kerana dia mempunyai ilmu peperangan yang luas dan badannya yang sasa (sesuai untuk menggerunkan musuh).

Ayat ketiga pula – Surah al-Qasas 28 : 26 – kisah anak gadis Nabi Syuaib meminta agar Nabi Musa diambil sebagai orang bekerja mereka kerana Nabi Musa memiliki sifat al-Qawi (berkemampuan) dan al-Amin (beramanah). Andainya pengambilan orang untuk bekerja dalam urusan kekeluargaan pun sudah disyaratkan berkemampuan dan amanah, sudah pasti menjadi pemimpin yang bekerja untuk rakyat, lebih-lebih lagi disyaratkan dengan syarat sedemikian.

Kedua:
Berbalik pada ayat – Surah Ali-Imran 3 : 28 – yang dijadikan hujah untuk menafikan kelayakan non- muslim sebagai pemimpin. Dalam al-Quran, kalimah “kafir” tidak semestinya merujuk kepada non-muslim. Terdapat ayat al-Quran yang kalimah kafir itu merujuk kepada muslim yang tidak menunaikan ibadat (Surah Ali-Imran 3 : 97), muslim yang melakukan kezaliman (Surah al-Fath 48 : 29) dan banyak lagi.

Justeru itu, ketika menafsirkan “kafir” dalam Surah Ali-Imran ayat 28, Dr.Yusuf al-Qaradawi menyatakan bahawa ia bukan larangan terhadap non-muslim untuk menjadi pemimpin, tetapi melarang sesiapa sahaja yang menyerang agama Islam dan berusaha mengeluarkan muslim yang berwarganegara dari negara. Menurut al-Qaradawi lagi, hal ini merujuk kepada ayat al-Quran yang lain – Surah al-Mumtahanah (60), ayat 8-9.

Penutup

Dari huraian ini, dapat disimpulkan seperti berikut:
Pertama, tujuan politik dalam Islam adalah mencapai kebaikan untuk rakyat jelata. Justeru, sebarang pelantikan pemerintah hendaklah berorientasikan matlamat tersebut, tidak kira apa anutan agamanya, dan tidak kira apa bangsa dan etnik dia.

Kedua, dalam mencapai tujuan itu, al-Quran menyatakan pemimpin perlu ada dua sifat, iaitu berkemampuan dan beramanah.

Ketiga, banyak perbezaan berlaku dalam kalangan muslim berkenaan pelantikan non-muslim sebagai pemimpin – hakikatnya berfaktorkan kepentingan politik, bukan penafsiran teks wahyu yang mengikut tatacara pemahaman yang sebenar.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
前一篇新闻50岁女丧夫去旅行散心 喝酒店饮料被18至21岁5男轮奸
下一篇新闻单身女客不允许坐吧台  高档餐厅:因为要打击妓女